Perakaunan- Sharing Session

Assalamulaikum semua, sedar tak sedar dah hampir separuh perjalanan puasa kita pada tahun ni kan? Alhamdulillah kita dapat jalani ibadah puasa tahun ni dengan aman, walaupun banyak berita kematian di bulan Ramdhan ni dan semoga roh dicucuri rahmat.


Okay baiklah untuk kali ni, abam sai (khas untuk adik2 dan akak kepada adik2, luls) nak share lah sikit antara soalan famous abam dapat pasal chuolls yang dok contact abam nak tanya pasal accounting and ada jugak parents yang sanggup wassap and call abam semata mata nak tanya on behalf anak dia, kepada semua abam nak ucapkan terima kasih ye. Sesungguhnya abam ni insan biasa je bukanlah tahu semua yang awak tanya, tapi abam try la jawab based pada experience aku.


Okay get set go! Bawah ni aku listkan antara soalan famous yang orang duk tanya through wassap and through call, Kindly review:


  •       Kalau saya tak da basic accounting kira saya boleh further ke accounting tak?

Jawapan: Boleh dik, as long you credit untuk SPM semua boleh settle, and kalau awak tak de basic accounting pun based pada experience abam sai, deorang akan ajar awak semua from scratch. Biasanya nama subjek die Fundamental in Accounting (Asas Perakaunan).

  •        Bang, kalau saya tak pandai matematik boleh tak nak further accounting?

Jawapan: Boleh dik, asal awak tahu 1+1 berapa dah cukup, luls. Okay based pada pengalaman abam, matematik untuk diploma dan degree simple inshaaAllah, asal awak boleh faham basic maths sure awak boleh punya.

  •  Abang rasa elok saya further account lepas STPM ke? Atau masuk diploma/ matrikulasi?

Jawapan: Semua boleh dik, ikut awak nak mana and environment macam mana. Kalau STPM & Matrikulasi awak boleh belajar dalam environment sekolah meanwhile kalau diploma kalau nak rasa environment universiti.
Untuk jangka masa pulak Matrikulasi boleh jadi setahun/dua tahun (kalau salah tolong betulkan), STPM dua tahun then Diploma dari UiTM ambik masa 2 and a half year. Okay?

  •         Susah tak accounting ni?

Jawapan: Tak da benda yang senang kat dunia ni dik, tapi untuk kata susah giler sampai nak bunuh diri tu tak ler, so as for me kalau awak memang dah minat tak de benda boleh halang awak k. Bak kata orang bercinta lautan api sanggup ku redah, so anggaplah accounting ni cinta hati awak inshaaAllah sonang je ekau hadapi.

  •  Abang rasa saya patut ambik akaun ke ambik ni (bidang lain)?

Jawapan: Dik satu je abam nak pesan belajar apa awak nak jadi k. Jangan pening kalau awak rasa awak minat akaun just go for it. Kalau minat kemahiran pun just go for it. Taka de dah kalau awak pilih ni tak elok pilih tu tak elok sebab at the end of the day awak yang akan hadap. Kalau awak minat macam mana susah pun pasti boleh!



Okay so far ni antara soalan yang famous abang dapat, mostly lebih kurang and ada jugak yang lain yang tak sempat abam listkan, harap kalau ade ape2 boleh je wassap atau tinggal komen nanti abam balas ye. 

Pape pun good luck untuk pilihan korang! Ingat banyak lagi kerjaya yang korang boleh discover jangan takut nak kejar cita-cita. Tapi takutlah kalau tak mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

pelajar perakaunan UiTM DUNGUN!!!

Accounting & Science stream

penting ke?