accounting not my first choice (part 2)

Assalamualaikum salam 9 ramdhan, so entry kali ni aku nak sambung citer hari tu, aku rasa kan sambungan aku ni mengalahkan cerita fast furious kan? padahal tinggal type je dia punya lama tu ya ampun berzaman..huhuhu *abam busy kot* flip hair..Okay Jom sambung....


              *******************************************************************

Then keesokannya, aku dengan confident gi ponteng kelas pre-calculus untuk jumpa dengan KP tu nak pas surat tu. Setibanya aku dekat pejabat dia, aku nampak ade kasut jenama Nike due pasang, getus hatiku mungkin ada pelawat ni, tanpa berlengah aku pun terus selamba duk ketuk pintu nak masuk jugak time tu. Aku jengah kepala melalui daun pintu yang aku kuak sedikit, kemudian KP tu menjemput aku masuk dan aku pun melabuhkan punggung ku ke kerusi sofa menanti giliran.


"Awak tak boleh ambik lebih dari kredit hours sem ni"  kata KP tu pada dua pelajar tersebut
"Tapi saya nak grad dengan kawan saya semua" jawab salah seorang pelajar tu
Proses negotiation nak memujuk KP tu berlanjutan antara mereka

aku pun malas nak ambik pusing apa deorang dok semabang sebab kes aku lagi besar tak ade masa nak pikir masalah orang lain, huhu, 

tak lama lepas tu sesi dua pelajar tu pun tamat dengan ending dia tak boleh jugak ambik subjek lebih maximum kredit hours yang dah di tetapkan oleh fakulti. Then, deorang pun pulang dengan hampa.

Kini tiba pula giliran aku, belum sempat aku keluarkan surat yang aku prepare malam tadi KP tu terlebih dulu keluarkan surat yang dia dapat dari HQ (headquarters)  UiTM Shah Alam. KP tu menghulurkan sepucuk surat tu, then aku sambut lalu meniliti butiran demi butiran.

Antara perkara yang die tulis kat situ:

“Dengan ini pihak UiTM berpendapat bahawa Encik Saifudin lebih sesuai untuk ambil course perakaunan atau sains komputer disebabkan anda mempunyai background (asas) sains ketika spm dulu”

Time tu, tuhan  je yang tahu weyh ape perasaan aku, dah la kena tukar course lain then tak dibaginya pilihan untuk kita pilih course apa kita nak. Kau rasa?

Then lepas aku habis baca surat tu aku pun slow talk la dengan KP tu dengan niat nak menolak dua course yang dia bagi tu, yer la weyh first aku memang noob pasal komputer and then second aku tak minat maths. So dua2 course tu not my cup of tea orang jawa cakap.
Then lagi satu aku ingat lagi, masa form 4 aku pernah masuk kelas elektif subjek akaun  sebab saje nak try2 tu pun sebab member ajak, then guess what aku tidur kot kelas first tu. Lepas daripada tu aku nekad and decide tu la first and last aku akan hadap subjek akaun ni lagi.


Pushh aku punya lamunan sampai waktu spm tu dihentikan oleh KP tu……

KP tu pun cuba terangkan yang keputusan dan paksaan ni orang Shah Alam dah decide kita tak boleh nak buat apa-apa. Die pesan cuba benda baru sebab dia tak nak nanti aku punya rabun warna ni boleh effect aku punya kerja later so die suggest suruh tukar awal-awal sementara masih ada peluang. Dia jugak pesan within a week result akan keluar.


                               **************************************


A week later……..

Ada satu number call iaitu number dari HEA (Hal Ehwal Akademik) menyatakan pertukaran course daah berjaya dan course yang telah ditetapkan adalah Diploma Perakaunanand then diakhir perbualan tu  dia pesan suruh gi office hari ni untuk uruskan pertukaran.

Seharian hari tu aku banyak termenung lepas settlekan urusan pertukaran course dan group. Sebab aku kena start fresh kena cari kawan baru pulak kena belajar benda yang aku tak pernah fikir aku akan belajar, serius weyh time tu buntu giler sampai last sekali lepas dua tiga hari baru aku tengok balik jadual then cari group tu punya kelas dekat mana, tengok subjek-subjek dia, amik lah segala info pasal group yang aku akan masuk tu.

Korang bayangkan masa tu da week 3 kot nak masuk week 4 orang semua dah kenal-kenal semua dah ada geng aku baru nak masuk kelas deorang. Start dari sini lah kisah aku bermula sebagai pelajar perakaunan.

The end untuk entry kali ni, nanti ada masa aku update lagi yer, thank you sudi baca muah ciked..luls


Comments

Popular posts from this blog

pelajar perakaunan UiTM DUNGUN!!!

Accounting & Science stream

penting ke?