accounting not my first choice
Assalamualaikum semua lama
rasanya aku tak post entry kan? Ramai je yang wassap mintak aku sharing pasal accounting,
Alhamdulillah sedikit sebanyak dapatlah jugak aku sharing dekat adik-adik baru
nak up tu kan? Semoga bermanfaat yer
So untuk entry kali ni aku cuma nak
sharing perngalaman aku sebelum aku bergelar jadi student accounting. Kisahnya
bermula begini, poyo giler struktur ayat,almaklumla dah masuk umur 24 tahun ni
rasa matang lah sikit, sikit je la tapinya keh3…
Ramai tak tahu yang sebelum aku
bergelar student accounting, permulaan kemasukan aku ke UiTM adalah daripada offer letter untuk menyambung pengajian
dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik). At first masa dapat
offer dari UPU lepas SPM tu I was like WoW!
Like serious shit? Like I was said before I am not the person who excels in
either science subject sebab tu la aku macam terkejut. Cut! Okay hiperbola je
semua tu maafkan saya huhuhu…actually aku yang gatal apply first three choices
adalah engineering (diploma) dekat UiTM, then bila dapat ! aku tak sure lah nak
happy ke tak sebab aku sedar yang aku memang
tak excel physics.
Jadi disebabkan yang aku ni jenis
go with the flow, aku decide aku nak accept je dulu sebab waktu tu tak de offer
lain lagi. Sedih kan? Hahaha….In the meantime aku ade je apply SPA and etc. so
setibanya hari pendaftaran aku pun daftar lah dengan baju kemeja putih kot! Aku
pun lupa dah hampir 5 tahun waktu pendaftaran ni berlalu. Then, lepas daftar tu
mama ayah semua tinggal kan aku, sedih sekejap waktu tu, yer la dulu masa duk
asrama pun hampir setiap minggu balik. Aku rasa aku punya buku outing tu penuh
sign warden….kalau ade anugerah macam buku nilam dulu mesti aku boleh menang
agaknya…luls
Okay berbalik pada cerita aku
tadi, aku ingat lagi masa tu nak serahkan medical check up dekat nurse UiTM
rasaanya:
Nurse: Haa bagi saya laporan
medical check up awak dengan filem x-ray
Aku: nah nurse!
Puas nurse tu membelek sambil berkerut kerut muka dia, aku suspect die
tengah recall ilmu perubata die yang dah tersusun rapi dekat ruangan medulla
oblongata dia..luls
Nurse: Awak ambil kursus
kejuruteraan elektrik ya?
Aku: Yup. (padahal ade je aku
tulis sebesar alam kursus aku amek)
Nurse: Awak ade rabun warna
ni..macam mana awak nak tengok wayar nanti
Aku macam blur2 lagi otak waktu
tu tak boleh nak integrate apa kaitan wayar dengan rabun warna.
Aku: ermmmm
Nurse: Haa tak ape nanti saya
call KP(ketua program) untuk kes awak ni
Aku pun keluar dari barisan dan menuju ke dewan tanpa ade perasaan curiga
pun dekat hati ni. Yang aku pikir waktu tengah hari ape je makanan UiTM bagi
kat kiteorang luls….
3 weeks after class dah
bermula :
Sejurus lepas kelas aku dapat
panggilan phone grrr grrr(bunyi vibarate phone) luls..aku tengok unknown number
calling, mula-mula rasa curiga jugaklah nak angkat yer lah time tu musim orang
cakap ade jampi lah ape lah dari unkown number so aku pun terkesan jugaklah
dengan benda tu….
Masa aku mengalamun tu phone aku
berhenti vibarate, aku pun mula bermonolog “arghh kalau penting nanti die call lagi”
Tak lama lepas daripada tu ade
nombor tadi naik sebab aku perasan digit belakang dia tu hampir sama. Time tu
aku macam puji diri sendiri lah “power jugak daya ingatan aku ni” luls Then aku
pun angkat phone tu:
KP: ni encik saiffuddin ke?
Aku: yer saya, boleh saya tahu
sapa ni *sopan giler kan?*
KP: Nie saya Ketua Program(KP)
untuk Kursus Kejuruteraan Elektrik
(Dalam kepala aku masa tu ligat
mencari alas an kenapa pulak KP ni call, aku tak bayar yuran lagi ke macam
mana? Tupp baru aku ingt aku tengah on the phone dengan dia) saya nak jumpa
awak, bilik saya dekat sarjana (banguna HEA di UiTM Dungun)
Aku: Baiklah encik.
Aku letak phone nokia murah aku
tu dan dalam masa yang sama jantung aku dub dab dub dab adakah ini cinta? Giler
kau sai, bukan! Persoalannya apa salah aku dah buat? Jeng jeng!
Erghh panjang pulak nak menaip, sory gais seorang saiffuddin bukan lah
istiqmah dalam menulis.
Keesekonnya:
Aku berjalan dari kolej redang 2 (nama salah sebuah kolej dekat
dungun) menuju ke bangunan sarjana kebetulan pagi tu aku tak de kelas so aku
gunalah peluang tu untuk jumpa KP. Sambil jalan tu aku masih memikirkan apa
salah aku sampai KP nak jumpa ni. Then sesampai nya dekat bangunan Sarjana aku
mencari nama dan nombor bilik KP berkenaan:
Tok Tok!
KP: Masuk! Haa awak nak apa
(sambil menunding jari kearah aku)
Aku: Saya saiffuddin encik.
KP : haa duduk dulu
Aku pun melabuhkan punggung aku
dekat sofa disediakan utk menuggu giliran
Masa tu ade due orang student
tengah berjumpa dengan KP. Dari perbualan mereka aku dapat menjangkakan deorang
tu senior dan nak ambil sbjek lebih dari jam kredit, perbualan mereka diakhiri
dengan KP tersebut tidak membenarkan mereka utk ambil lebih dari jam kredit.
KP: haa awak
tahu apa masalah awak?
AKu: kenapa
encik saya tak bayar yuran ke?
KP tersebut
senyum sambil menahan gelak, hati ku berkata “hek eleyh ingat lawak” sejurus
die berhenti gelak die pun sambung:
KP: haa awak ni
kena tukar course ni sebab awak ade rabun warna
Dalam pada masa
tu tiba-tiba ada background music ( ku sangkakakan panas berpanjangan rupanya
gerimis rupanya gerimis mengundang)
Di pendekkan cerita dalam masa tu, die kata
before ni ada senior yang sama kes dengan aku then masa die intern die ade
masalah nak detect wayar, so die sarankan aku tukar fakulti and die suruh aku
decide by tomorrow. Then die ingatkan jugak untuk siapkan surat untuk past
dekat die, Kp tu nak kena send surat tu dekat shah alam dulu before aku boleh
tukar course.
Dalam surat tu dia kata aku kena nyatakan
kursus pilihan dan syaratnya yang hanya ada dekat UiTM Dungun sahaja.
Masa tu aku buntu terus call mak aku, abang
aku nak cerita kesedihan waktu tu, yer
lah dah 3 mimggu kot aku belajar, asal la tak bagi tau awal-awal. Tanya punya tanya,
aku pun decide nak amek kursus perbankan, hotel dengan ape lagi satu entah. Malam tu gigih aku Google surat kiriman rasmi
nak tengok format ..hahha
Apa kesudahan dia? Hahhaha maafkan aku sebab
sekarang hampir maghrib izinkan aku bersiap untuk solat, nanti kita sambung
lagi yer kalau ade masa
Comments